0

beratnya dugaan aku hari ini.

Assalamualaikum wbt...


Hati ini bersamaan 25.4.2012 merupakan tarikh yg sampai bila2 pun aku x akan lupa.. Sebenarnya arini berlangsung hari anugerah yang meraikan pelajar cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Setelah selesai majlis, bff aku ajak gi beli alat tulis kat qs jitra3. Dh alang2 nk p tu, mesti la nk withdraw duit. Maklumlah arini gaji untuk penjawat awam... Seperti biasa aku ajak bff aku p shell tanjung pauh. Nama apa shell tu aku x ingat. Yg dok ingat nk draw duit utk byr kereta dan dotdotdot... Sampai ja kat mesin atm tu, dan2 sukahati mcm nk melompat2. Gaji +tunggakan katakan. Tp bila aku tekan2 mesin seperti arahan... Tiba2 mesin atm yg tadinya BERFUNGSI telah bertukar rupa. Paparan screen berbunyi, "out of service, machine under maintenance"... Terkedu sat. Tapi kad atm aku selamat keluar. Resit pun xdak. Xsampai 1 minit, mesin tu kembali berfungsi. Bff aku kata nk try tekan2. Dengan jayanya dia dpt keluarkan duit spt yg dia nak. Aku jd x puas hati. Aku try semula. Tekan2 tup2 screen tulis "pengeluaran melebihi had"... Arghhh. Sudah. Ni dh semakin pelik. Tp dok rileks dulu. Pas teman beli alat tulis semua. Kami pi cimb jitra. Nk try withdraw lain. Paparan yg sama muncul. Melebihi had. Haihhh. Trus g kaunter customer services... Pastu dia tnya aku td bwk keluar duit kt mana? Pas2 cerita semua n isi borang report. Di kata selalu dah jadi gini bila hari gaji.. Dalam masa 1 minggu katanya nk refund. Tp bila memikirkan jumlah yg aku withdraw tu sgt BESAR.. Terus moral down. Resit dh la xdak. Haih.... Ya, Allah kau permudahkan urusan pemulangan semula duit hambaMu ini dengan kadar seger. Aminnn...


Published with Blogger-droid v2.0.4
0

Al-Fatihah

Pagi tadi aku memandu seperti biasa ke tempat kerja. 
Al-maklumlah orang-orang Kedah kan bekerja pada hari Ahad. 
Jam di tangan telah menunjukkan jam 8.00 pagi. 
Seperti biasa, setiap hari Ahad kelasku bermula jam 8.00 pagi.
Seawal pagi, pengumuman dibuat. 
Aku malas ambil tahu pada mulanya.
Ini kerana hati kecil aku berkata mesti nak bitau pasai 5's...
Namun anggapanku meleset sama sekali. 
Terkejut aku dengar pengumuman tersebut. 
Seorang pelajar yang aku kenali aku telah kembali ke rahmatullah...
Arwah masih muda. 
Arwah adalah anak tunggal.
Arwah merupakan pelajar yang baik dan murah dengan senyuman.
Arwah selalu menegur aku apabila kami berselisih di kedai makan .
Walaupun aku hanya mengenali arwah semasa menjadi pengiring ke kem di Pulau Pangkor terasa kehilangan arwah. 
Inikan pula keluarga dan teman-teman rapat arwah. 
Salam takziah buat keluarga  dan teman-teman rapat arwah. 
Semoga kalian tabah dengan kehilangan arwah.
Arwah dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi. 
Maafkanlah semua salah dan silap arwah, andai pernah dia menyakiti hati kalian..
Halalkan segalanya..
Moga arwah pergi dengan aman dan tenang di sana..
Dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh..

Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin..



Sesungguhnya, ajal tidak mengenal usia. 
Bila tiba masanya, kita akan dijemput.
&
Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.
 
 
Copyright © ~~To Be Or Not To Be~~