0

beratnya dugaan aku hari ini.

Assalamualaikum wbt...


Hati ini bersamaan 25.4.2012 merupakan tarikh yg sampai bila2 pun aku x akan lupa.. Sebenarnya arini berlangsung hari anugerah yang meraikan pelajar cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Setelah selesai majlis, bff aku ajak gi beli alat tulis kat qs jitra3. Dh alang2 nk p tu, mesti la nk withdraw duit. Maklumlah arini gaji untuk penjawat awam... Seperti biasa aku ajak bff aku p shell tanjung pauh. Nama apa shell tu aku x ingat. Yg dok ingat nk draw duit utk byr kereta dan dotdotdot... Sampai ja kat mesin atm tu, dan2 sukahati mcm nk melompat2. Gaji +tunggakan katakan. Tp bila aku tekan2 mesin seperti arahan... Tiba2 mesin atm yg tadinya BERFUNGSI telah bertukar rupa. Paparan screen berbunyi, "out of service, machine under maintenance"... Terkedu sat. Tapi kad atm aku selamat keluar. Resit pun xdak. Xsampai 1 minit, mesin tu kembali berfungsi. Bff aku kata nk try tekan2. Dengan jayanya dia dpt keluarkan duit spt yg dia nak. Aku jd x puas hati. Aku try semula. Tekan2 tup2 screen tulis "pengeluaran melebihi had"... Arghhh. Sudah. Ni dh semakin pelik. Tp dok rileks dulu. Pas teman beli alat tulis semua. Kami pi cimb jitra. Nk try withdraw lain. Paparan yg sama muncul. Melebihi had. Haihhh. Trus g kaunter customer services... Pastu dia tnya aku td bwk keluar duit kt mana? Pas2 cerita semua n isi borang report. Di kata selalu dah jadi gini bila hari gaji.. Dalam masa 1 minggu katanya nk refund. Tp bila memikirkan jumlah yg aku withdraw tu sgt BESAR.. Terus moral down. Resit dh la xdak. Haih.... Ya, Allah kau permudahkan urusan pemulangan semula duit hambaMu ini dengan kadar seger. Aminnn...


Published with Blogger-droid v2.0.4
0

Al-Fatihah

Pagi tadi aku memandu seperti biasa ke tempat kerja. 
Al-maklumlah orang-orang Kedah kan bekerja pada hari Ahad. 
Jam di tangan telah menunjukkan jam 8.00 pagi. 
Seperti biasa, setiap hari Ahad kelasku bermula jam 8.00 pagi.
Seawal pagi, pengumuman dibuat. 
Aku malas ambil tahu pada mulanya.
Ini kerana hati kecil aku berkata mesti nak bitau pasai 5's...
Namun anggapanku meleset sama sekali. 
Terkejut aku dengar pengumuman tersebut. 
Seorang pelajar yang aku kenali aku telah kembali ke rahmatullah...
Arwah masih muda. 
Arwah adalah anak tunggal.
Arwah merupakan pelajar yang baik dan murah dengan senyuman.
Arwah selalu menegur aku apabila kami berselisih di kedai makan .
Walaupun aku hanya mengenali arwah semasa menjadi pengiring ke kem di Pulau Pangkor terasa kehilangan arwah. 
Inikan pula keluarga dan teman-teman rapat arwah. 
Salam takziah buat keluarga  dan teman-teman rapat arwah. 
Semoga kalian tabah dengan kehilangan arwah.
Arwah dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi. 
Maafkanlah semua salah dan silap arwah, andai pernah dia menyakiti hati kalian..
Halalkan segalanya..
Moga arwah pergi dengan aman dan tenang di sana..
Dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh..

Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin..



Sesungguhnya, ajal tidak mengenal usia. 
Bila tiba masanya, kita akan dijemput.
&
Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.
 
0

Jenis Darah Saya

Heee... Selama 28 tahun saya hidup di mukabumi Allah swt... Saya tak pernah tau apakah jenis darah saya... Sangat sedih kan... Siyes beb... Bila org dok kata dia kumpulan darah dotdotdot... Saya diam aja sbb tableh nak nyampuk.... Bila ditanya pada parents, depa sendiri pun tak ingat depa darah apa... Aritu saya wat pemeriksaan darahh.... Sangat takut bila tgk jarummm.... Ngeeee.... Ngilu rasa nk kena cocok... akhirnya saya dapat tau apekah darah saya sekarang... Yippy!!!! Saya adalah golongan darah A... Bila dah tau kumpulan darah. tetiba teringin nak godek2 tenet cari info pasal org yang berdarah A ni... Hasil daripada godek2 tu.... Inilah hasilnya.

Tada.....


Dipetik dari laman http://duniakuduniamu.com/

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:

Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:

Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:

Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.




2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:

Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:

Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.




3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:

Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:

Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:

Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.




4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:

Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:

Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:

Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

1

Ada Aku Kesah???

Goodday everyone.. Warghhh sgt lama saya tidak membuka blog kesayangan saya ini.. Erkkk, bole ke kata cenggitu??? Hahahaha.. Belasah saja la labu...


Kenapa kita ber”blog”?? Ramai yang kata, ia adalah satu medium untuk memaparkan maklumat atau ilmu pengetahuan. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah medium untuk memperkenalkan sesuatu bidang perniagaan atau bisnes.


Tetapi saya ber”blogging”adalah sekadar untuk berkongsi dan bercerita sesuatu yang saya tidak boleh meluahkan secara terbuka terhadap seseorang atau dalam erti kata lainnya bercerita apa sahaja yang terlintas di ruang minda kita.


Apakah yang dimaksudkan dengan pendidik yang baik? Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang pendidik? Adakah dengan menjadi seorang pendidik yang tegas adalah pendidik yang baik?? Ermmm, ini adalah pendapat saya. Saya tidak menuding jari saya kepada sesiapa tetapi ini yang boleh saya suarakan di blog usang saya..

Profession dalam bidang pendidikan sekarang makin diminati oleh pelajar-pelajar. Adakah mereka memilih bidang pendidikan ini kerana minat? Ataupun kerana wang?


Pepatah ada menyebut “Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga”. Hanya kerana segelintir orang yang suka membuat onar, orang lain yang yang bekerja dengan penuh etika tercalar dek kerana tahi yang dipalit oleh orang2 tertentu.


Sakit kan rasa kalau tetiba ada yang menyuruh anda supaya “backup” orang yang tidak menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ketika mengangkat sumpah. Owhhh, tidak sama sekali. Itu sudah dikira bersubahat.


Silalah jujur dan amanah ketika menjalankan tugas boleh tak? Kalau tidak pandai dalam mendidik, belajar. There is NO END in LEARNING. BUT defend others if his/her do not enter the class to teach??????no way! It’s not a good ethics.


I don’t say that I am good enough but I am trying to be ONE. A good teacher is a good student. Do bear it SIR/MADAM. Please don't misjudge me as a BAD person. Ini cuma rintihan hati seorang insan yang bergelar pendidik.


2

Bonda Si Comel Telah Pergi Selamanya

Entry kali ni sangat tasyiokkk.... Aku br sahaja kehilangan kawan yang telah kembali ke rahmatullah tepat jam 6.30 ptg (26.12.2010)...

Kesiannya si comel, tak dapat merasai kasih sayang bondanya...

"Allah lebih sygkannya.. moga syurga tempatmu syg.. moga zuriat yg kau tinggalkan mjadi zuriat yg solehah dan mjadi pelepas rindu kmi smua pdmu.."


Align Center


0

Rindukan Gelak Ketawa Bonda Si Comel

Salam readers... Acheli I dunno whether I got any readers or not... But if I do have sum... Thx a lot...


************************************************************************************

Si comel di bawah merupakan anak kepada staf yang bekerja di opis saya.... Dia sangat comel hokeiiii... tp sayangnya... sehingga saat ini dia masih belum dapat merasai belaian, ciuman dan pelukan pertama daripada bondanya yang tercinta... Kenapa kah?? Apekah??


Si comel ini dilahirkan pada 20.12.2010 pada jam 9.00 malam... Malangnya, bondanya masih lagi tidak sedarkan diri selepas operation melahirkan si comel... Si comel ini semasa dilahirkan seberat 3.9kg dan disaat jari saya mengetuk2 lappy saya ini.. berat si comel sudah pun bertambah kepada 4.3kg... tapi keadaan bondanya masih tidak sedarkan diri... Jantung bondanya stabil, tetapi otak bondanya sudah tidak dapat berfungsi... Tuan2 doktor mengatakan peluang untuk bondanya hidup semakin tipis.

Saya tak dapat menahan sebak apabila melawat bonda dan sicomel ini... bondanya mengalirkan airmata ketika dilawat dan bondanya seakan mendengar butir perkataan yang keluar daripada si pelawat.


Saya petik ayat daripada seorang teman.... Sama-samalah kita berdoa kesejahteraan BONDA si comel kerana hanya doa sahaja yang mampu mengiringi dan menjadi temannya sekarang.... akan tetapi, jika dia pergi, dia akan pergi sebagai seorang yang SYAHID... INSYAALLAH...
2

keciwa

emmm, dh lama tak updet.. tup2 tajuk keciwa..

yup, sgt2 keciwa. sedih dengan sikap segelintir org yang kununnya kawan baik tp hal2 berkaitan pasal dia, org lain yg tau dulu. ape citer nih... selama ni dok citer sumer.. den tup2 hal2 hari bersejarah org lain yg tauu dulu. siap org tnye aku, betul ke?? ntah mana aku tau.. ishhhh... rasa cm nk larik je drpd jumpa dia tp aku tau tak bole sbb sokmo bertembung n berjumpa.

sekian..



0

Worst Day Ever

Titik. To be continued....
0

Bandaraya Alor Setar Lumpuh Akibat Banjir

Salam... Selama aku 27 tahun aku membesar di Alor Setar, belum pernah aku dengar banjir teruk di kawasan perumahan aku... habis-habis jauh yang dok dengar pasal banjir ialah dekat Pantai Johor. Tu ja.. Tapi tahun 2010, Taman Rakyat Alor Setar, Taman Uda, Jalan Sultanah, Jalan Stadium, Jalan Hutan Kampung, Jalan Teluk Wanjah.. Abes ayaq nek kat Jalan Raya...

Risau sangat... Taman-taman yang aku sebut tadi adalah kawasan perumahan yang dekat sangat kawasan perumahan aku... Sehingga saat aku menulis ni... Bekalan air di Alor Setar sudah terputus selama 3 hari... Adakah bekalan air bersih akan terputus sampai minggu depan?? Entah la... Moga2 pulih seperti sediakala... Takde bekalan letrik, takpa lagi... Masih boleh bertahan... Tapi kalu bekalan air takde, semacam dah rasa... Melekit2, berbau sumer ada... Air sumber utama mineral yang sangat penting untuk tubuh...

Kepentingan air adalah sangat banyak... Tapi dalam keadaan darurat nieh... Air penting untuk:

1. Air penting untuk sistem pendinginan tubuh (melalui keringat).

2. Air penting untuk membasuh baju-2 yang berlonggok2 di dalam bakul.

3. Air penting untuk xtiviti berhadas (kecil dan besar)


Info dibawah dipetik dari http://www.hmetro.com.my/

Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah di Kota Setar iaitu Jalan Hutan Kampung-Kepala batas; Jalan Langgar-Simpang Hutan Kampung; Jalan Sultanah; Jalan Alor Setar-Kangar; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Alor Janggus-Gunung Keriang; dan Jalan Gunung Keriang-Sungai Korok.


Jalan-jalan yang dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan ialah di Kota Setar iaitu Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Tambang Badak; Jalan Stadium; Lebuhraya Sultanah Bahiyah; Jalan Langgar-Pendang; Jalan Alor Setar-Pokok Sena; Jalan Alor Setar-Pokok Sena-Kuala Nerang; Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang; dan Jalan Suka Menanti-Gunung Keriang.


0

Cuti Darurat

Hmmm... hari ni pon cuti darurat aka cuti peristiwa... nak wat cana.... ayaq bah dr pekan changlun trun mai pekan jitra... abeh pekan jitra ditenggelami ayaq... bandar darulaman masih tak surut2... alahaiii, bila ye nk surut ni.... marilah berdoa beramai-ramai agar semuanya selamat dan ayaq surut... jenuh nak ganti hari bekerja kot nanti...

pagi tadi, bangun2 ja terus bukak FB... mana tau ada info yang terbaru... sbb geng2 aku suka update NEWS... report yg ada hnya setakat jam 3.30 am dimana sebahagian taman mahsuri, air dh naik umah dorg... seyes kesian... pastu dh siap tgk FB, masuk la toilet... alangkah terkezutnya aku bila Bekalan Air dkt AS dh terputus... aduyaiiii, naseb la ada ayaq kolah...

Sepanjang hidup aku tak penah lagi la dok layan Kedah FM... tp bila dh bekalan ayaq tadak ni, br hegeh2 cr tune kedah fm... kot2 la penyampai radio akan habaq bila ayaq nk ada balek... buka2 je Kedah Fm dok putar lagu-lagu ni... hahahaha... cm sedap plak dengar... siyes lagu yang aku tatau... tp naseb teknologi sekarang ni dah semakin canggih... search lirik ja.. dah tau lagu tu sapa nyanyi...

Do listens ok.




Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x





TAPI AKU CINTA (WALAU LEBIH TUA) - THE 5

kali pertama ku jumpa
hati sudah tergoda
bagaimana caranya untuk jadi dengannya

dia memang cantik
dan sikapnya selalu menarik
membuatku tak mahu takmahu berhenti mendekatinya

dia memang lebih tua
tapi aku suka
tapi aku cinta
dia jauh lebih tua
terasa auranya buat ku bahagia

kesekian kali bertemu
sungguh tiada ku jemu
bagaimana ku mampu
menahan rasa hatiku

takkan putus asa aku mngejarnya
itu tak mengapa kerna cinta tak pandang usia
aku nikmati saja


1

Rentetan 30/10/2010 - 2/11/2010

Pada 30/10/2010..

Area Alor Setar hujan renyai2 pukul 3.00 pm - 5.00 pm... Malamnya tak hujan tapi kami sekeluarga mendapat satu panggilan telepon bahawa tok yang pada masa tu dah kritikal... Abah pun tanpa membuang masa segera shoot ke hospital... sementara aku, adik dan mak tengah bersiap2 nk ke hospital. Tup2 adik yang kerja kat Sentul call.

Adik: mak, betoi ka tok dah meninggal?
Mak:(terkezut) haihh, mana ang dpt tau ni... td abah dpt kol dr pak ngah kata tok kritikal. abah dh pi. kami ngah siap2 nak pi la ni.. Sapa abaq?
Adik: pak tih abaq. dia pon tau drpd pak su.
Mak: dak kot. abah tak kol abaq apa pon. takpa, satgi mak kol abah.
Adik: ok2.. nanti abaq na.
Mak: pastu terus kol abah...abah kata abah pon tak sempat jumpa ms tok tenat tu. sampai2 atas ja, dh kembali ke rahmatullah.

kemudian kami segera ke umah tok untuk bersihkan apa yang patut. Tok meninggal jam 8.55pm. Mayat arwah sampai ke rumah dlm pukul 10.30 pm. Masa tu aku tak tau apa perasaan aku... bercampur2... tak percaya pun ada yang tok aku dah tak ada... sebab aku br ja kehilangan tok sebelah mak bln 6 tahun ni... tok sebelah abah pada tarikh 30/10/2010...


31/10/2010
Jam tepat 3.00 am kazen dr Shah Alam sampai. Kemudian jam 4.30 am kazen dr Ampang ngan adik aku smpi. Jam 5.10 am Aunt dr Klang smpi. Jam 5.50 am uncle dr Ampang smpi. Jam 7.00 am aunt dr Putrajaya smpi. Cuaca pagi 31/10/2010 mendung. Tak dak tanda2 nak hujan lagi.

Tepat jam 9.20 am arwah tok aku dimandikan. Masa arwah nak dikapankan, aku dh tak tahan dh.. nangis terok kot... (saat aku ngah taip ni pon ayaq mata dh bergenang) Aku tempat tgk muka abah aku dan pakcik-makcik aku... semua dh menangis mata merah... aku dah tak ada nenek... nanti dah tak boleh balek kampung sbb dah tentu-tentu tak meriah suasana kat umah tok bila tok takda.

Al-fatihah buat tok. Ya ALLAH, tempatkanlah roh arwah nenekku bersama sama orang yang beriman. AMIN.

Lepas tok disemadikan, hujan dh start turun. tanpa henti-henti.


1/11/2010
hujan masih lagi berterusan. tiada tanda-tanda yang menunjukkan yang hujan akan reda. tetiba je aku teringat kembali zaman aku mendaftar kat UiTM Arau pada tahun 2005. Adalah sejarah akan berulang. Tapi sehingga jam 11.00 pm (1/11/2010)... Tak ada dengar berita pon yang mengatakan banjir area bandar darulaman.


2/11/2010
Tanpa membuang masa, aku pon bergegas la ke opis. tak terpikir & terlintas pon yang Jitra akan banjir. Sebab pagi ni hujan dah berhenti. Dh masuk highway, tup2 dpt kol drpd mak kata Jitra banjir. tak percaya nieh sbb mber2 yang dok Jitra tak bitau apa pun. Jam 7.20 am aku dpt SMS..."Jitra banjir". Aku dh halfway ni br trutt-trutt SMS masuk. Berhenti kereta tepi Highway pastu trus kol dia,"Beb, betoi ka? Diishtihar DARURAT'' Tanpa buang masa, pusing balek umah laa...

Berikut adalah gambar yang diambil drpd pihak ketiga untuk tontonan umum AYAQ BAH DI JITRA.














0
tag dari dayah [done]

1. gambar kesukaan anda?



2. adakah anda rasa anda HOT?
Hahahaha... Harus la sebab dah lama tak pegi mandi-manda


3. cerita pasal gambar
02.10.10. terpahat selamanya. niat nak mandi terbantut sebab tak pakai thigh... bengang siott...


4. bila kali terakhir makan pizza
mummy's birthday. on 3rd of March I guess.


5. lagu terakhir anda dengar
lagu insyaAllah - by Maher Zain.


6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
baru pas kursus. lepak2 sambil layan tv.


7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
kakak, along, sya, sere, cik.


8. tag lagi 8 orang
saya nak tukar jadi berapa nieh. tak tag bole?? giler aa aku...
nanti saya edit yer...


9. siapakah orang no. 1 kepada anda
plzz fill in the blank


10. kata sesuatu mengenai org no. 2
plzz fill in the blank


11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?
plzz fill in the blank


12. bagaimana pula dgn no. 4
plzz fill in the blank


13. pesanan kpd org no. 5
plzz fill in the blank!


14. berikan 5 yg anda tahu tentang org yang men-tag anda
* adik kepada kawan saya
* anak kepada kawan abah saya
* kawan kepada classmate saya di UiTM Arau - Azy
* Ex - junior saya masa saya belajar di sekolah menengah SMKAK
* Goverment servant yang tengah isi borang resign.. :)


15. persamaan antara kambing dengan lembu
kaki empat n ada tanduk...
0

currently @ crystal crown port klang

Date: 18 - 21 October 2010

Venue: Crystal Crown Port Klang

Message: Customer n Counter Services Courses...



-------------------------------------- OFF FOR NOW ------------------------------------

uwaaaaaaaaaaaaaa.. check in ja terus menyampah... blur jap aku... haishhh... skali tup2 ada dis lady masuk blik.. syukur gila ada rumate kat hotel nie... tak dak la sunyi.. hahaha... pas dinner td.. 8.30 sharp turun tingkat 1. masuk2 ja terus ada assignment.. sadis aku.. dh la mata mau katopppp... tiba2 ada assignment... moga2 berjaya menyiapkan asikmen aku nanti..

off for now. till c u next week..
0

Lepak-ing dengan Ain n K.Muni

17.10.2010...

Tarikh ni bagi aku adalah merupakan tarikh yang sgt bermakna sebab aku dapat jumpa kembali 2 daripada 7 org Geng F7 aku... Suka sgt... Sebab selama ni dok YM ngan IM kat FB ja... Berjumpa kat Ikea Damansara... Penat kot dok pusing2 dalam IKEA tu... banyak je yang berkenan dek hati aku tp sebab pergi sana time2 ujung bulan.... Maklumlaaa Goverment Servant, tarikh 17 dan ke atas tu dh dikira sebagai ujung bulan... sopendamkan aje niat suci murni aku tu... Hahahaha...

Aku lepak-ing ngan k.muni dulu sbb ain ngan hubby lmbt sket... Dh abes ronde2 dlm IKEA, perut minta diisi la plak... Maklum laa dpn tu ada Curry Puff sedap... Ada 2 Lane... Lane 1 n lane 2... Memula aku ngan k.muni beratur lane 2, mak aihhh... Lama nak mampus.... Dah penat kot nunggu... Sebab mcm tak gerak pon lane 2.. Skali aku usha depan, rupe2 nyer ada lencongan kat depan sana... patut laa tak gerak... tanpa buang masa, segera tukar lane 1... memula dis guys yg b'baris belakang kitorang tak perasan yg kami dh tukar lane... skali bila km dlm lane 1, dh nk smpi turn km meng'órder'. Muka dia cm bengang je... 1 dozen curry puff yg dibeli... 1/2 dozen makan ngan K.muni... Another 1/2 dozen adik k.muni aka k.ngah pesan suh take away...

sementara tunggu ain n hubby... abes gak 1/2 dozen curry puff tu.. hehehe.. sorang 3 hokey.. hahahaha.. makan ke melantak tuh?? yang pasti tengah lapar... takde hal la mkn smpi 3 pn... hahahaha... pastu br ain smpi... skali anaknyer pakai kasut sama aku... hahahahaha.. ngan kaler merah.. design nk sama dh... hahahaha... cesss bedebah... gelak guling2 sat aku...

Tmpt tu tak strategik utk digossip.. kami berpindah ke Teppanyaki Restaurant... Punya la bergosiip smpi tak hengat yang ain bwk hubby dia skali... hahahahaha.... then, aku lepak -ing kat umah Ain sebab esoknya aku berkursus di Klang... Ain nk tlg antarkan aku kat sana... Tq ain... Jasamu dikenang...

Gila byk nau aku makan sejak pi Central nieh... Malamnya ain n hubby bwk aku mkn kat restoran nasi arab... Aku awal2 dh pesan xmo hirup sup dia... sbb kang aku pening.. nasi arab kat situ ok cuma bukan betol2 nasi arab.. Itu nasi ujan panas namanya...

Dah selesai bersantap... Maka pulanglah kami ke teratak ain.... mata pon dh kuyu... apa lagi... tdo time laa...

p.s: ada sket pics utk diupload.. tp nti laa... Tgguuuuuu....
0

Congrats Jda n A.Long

Tarikh 16.10.2010 adalah tarikh yang sgt bahagia buat kawan baek aku kat seremban...

Selamat Pengantin Baru

Nurzaida & Khairul Effendi



Dah Kawen pon ko...

Doksah dok perasan solo lagi k..

Even PJJ tp still consider tak berapa nak jauh...

Moga-moga cepat dapat baby...

Amin....
1

kursus... kursus... n kursus again...

bengang je entri kali ni...

selepas 2 hari bercuti kerana konvokesyen adik aku di UPM...

1st day masuk keje arini dapat surat arahan bertugas.....

erkkkkk... bosannyaa...

rusak PNP aku....

seminggu direct tak ada kelas...

tak suka laa...

pasni nk kena wat replacement class plakkk...

haishhh...

benci aku tp apakan daya..

it's an order... or I will be punish by the boss...

redha je laa sebab nama pun arahan kan...

bye kedah... I will be at port klang next week...

**sigh**
0

kusangkakan bahagia ke UPM tapi....

entri cam hapa kan.... kusangkakan best ke UPM.. tapi.... ada kisah sedih berlaku... uwaaaaa....

semalam konvokesyen UPM yang ke-34... 10.10.10 tarikh di mana adik aku akhirnya berjaya menjadi graduan UPM... konvo adik aku pada sebelah petangnya... kitorang bertolak dari putrajaya ke UPM pada jam 12.30 tengah hari... panas haw-haw kata orang kedah.. terik gila.. peluh lencunn ni... sampai2 je kat dewan apetah nama nya... ramai nak mampus orang kat bawah canopy.. dah la aku tak nampak tempat nak beli bunga ke bear ke.. so aku pon selamber je bertanyakan orang yang dok pegang2 bunga tu... dia kata beli kat belakang sana... aku bajet2 belakang sana tu dekat laa... skali jauh gak laa... sian mummy aku.. dah la sakit lutut jauh nau berjalan... hehehe... a bouquet of flower =RM55... mahal gak tapi mummy aku pandai bab2 tawar-menawar nieh... dapat la diskaun RM15...


kesah sal bunga dah settle... kesah sal tempat menunggu bawah canopy plak... aku dah dapat port baekkk dah depan screen besar... alih2 datang mamat ni ngan wife dia n anak2 dia dok "blocking"depan aku.. cam cilake betoll.. hangin gak aku... kalu dok diam2 takpe... kejap2 belek hp dia n tepon kawan dia.. yang aku berapi tuuuu, siap dok cakap - "bapak kuat"... bajet dia sorang je kot ada hp... sabar je laa... paling best dia boleh jap bangun jap duduk... tergugat jap aku.. nak sound kang aku dah la sorang2 je.. mummy ngan bapak aku dah dalam dewan besar lagi berhawa dingin... haishhhh.... sekali geng yang dok belakang aku sound mamat tu... "woi duduk2.. tak nampak ni... syuhh" perghhhh ayatt.. terbaekk sekali... hehehe...

kemedian, dah selamat bergambar ngan adik aku sumer.... ada kejadian yang tak diingini berlaku... kejadian yang tak mungkin akan aku lupa sampai bila2... kejadian jatuh degebukkk di jalan bawah pokok besar... kes tersadung akar pohon besar yang datang dari tanah rata... berdarah lutut aku... naseb la baju kurung kesayangan tak terkoyak... uwaaaa... kejadian yang sungguh tak kusangka... dengan pakai selipar jepun je.. skali jatuh seperti buah nangka jatuh... jam tepat pukul 6.40 petang... kira dah tak tak berapa nak ada orang.. tapi malunya tetap ada ok.. dah besar2 pon jatuh lagik.. dah la pakai spek... haishhh... kenangan terbaekkk di UPM...

malamnya, perut dah la lapar pi la makan kat kedai makan port2 student UPM... nasi ayam tak best... naseb la satay ayam dia seddap... siap bungkus satay lagi bawak balek umah pakcik di area batu caves. on da way balek ke batu caves... jalan raya sangat jammed.... pastu baru teringat 10.10.10 kan ada konsert AF kat bukit jalil... haishhh... sejam gak la dok kat jalan raya... sampai ja umah pakcik aku terus borak2 sat sebab hari ni (isnin) dah mau bertolak pulang ke umah...
1

juz came back from Cameron Highlands...

i'm backkk...

hahahhaaha...

weng minah nieh kan...

baru ja pulang dari Cameron Highlands...

ke sana atas urusan bawak budak-budak... (kununnya...) tapi sebenarnya saja je nak jalan2... hehehe...

bertolak pada malam Khamis (30 Sept 2010) pulang ke rumah terchenta di Alor Setar pada Ahad petang (3 Okt 2010)

Macam2 cerita tapi perlu disimpan dahulu... Kerja masih banyak.. Will be update later. InsyaAllah...
1

I Hate You

korang penah jumpa tak orang yang paling korang menyampah...

Aku ngah bengang ngan dis fella...

Perangaiiiiii... Putar belit alam...

Mau banyak bersabar...

Tapi kesabaran tu ada LIMITnya... Kalu terlebih LIMIT... takut akan berlakunya pergaduhan...

Depan aku kata orang tu suruh wat ini...

Depan orang lain.. dia wat onar kata aku. aku yang tanak.. aku suh tukar...


wadefakkk.... agak2 la weh... suka ahti ko je kan... aku tau la ang tua sket dari aku... tp apa hak ang nak laga-lagakan orang...


AKU BENCI HANG. TITIK. FULLSTOP.
0

Reunion....`

Reunion?? bila kah aku wat reunion nieh? kata bz... kata sibuk.. tetapi tiba2 plak reunion.. muhung la cik spek... hahaha... hari ini adalah reunion ketiga geng fabulous aku kat politeknik... Ahad?? Reunion, muhung gilaa...

*******

Yes dear, setelah sekian lama... ini kali ketiga geng F7 berkumpul... walaupon tidak semua yang hadir... at least 3 of us were there at the same time. TQ for our beloved adik... He was there capturing the nice moments for us... We were there for our friends Zyra... Congratulations dear... Semoga bahagia selamanya... Selama aku menghadiri kenduri kawen kawan2... Ni lah kali pertama kami tunggu lama... Tunggu sapa?? Zyra dan pasangannya... Lama bangat... Sampai dah nak chow dah aku... Tetapi ditahan oleh 2 org rakan baik dan seorg adik... Aku bukan boleh orang dok begging... sudahnya, dok dekat majlis sampai kul 3.30.... Punya la lama.. dari kul 12.00pm till 3.30 pm... OMG... Ridiculous kan... tak penah dibuat dek orang.. dok majlis kawen kawan2 lama2.. Tapi geng aku ni memang jenis tak kesah... Siap dok wat kecoh lagi kat majlis Zyra.... Hahahaha... Uncle n Aunty.. Sorry ye... Rindu kawan2 lama.. Tu yang tak bapa nak betoi sorang2 bila jumpa....

*******
.K.A.M.I.

-Gambar yang ditangkap tru rayban adik kami-


*******
Lepas tu, sampai je opis, depa ajak pi makan2 kat umah sorang staf nieh... Haddoii laaa, makan lagik... Dah orang jemput kan.. Pegi je la... Tak baek kalu tak pegi... Dia masak laksa, ketupat nasi n rendang... Sedap... Pastu shoot balek Alor Setar... Kat highway masa tu hujan lebat... Aku bawak 80km/jam je... Skali aku nampak kawan aku sorang nieh.. dulu punya la takut nak bawak kereta... skali speeding... Dia bawak kereta dalam 100 km/jam kot... Hahahaha... dia sokmo terkantoi ngan aku bawak laju-laju..

*******

Sampai je umah, Zyra kol... "weh, tolong bagi no ain sat... dia kata nak mai umah aku...".

Aku: "truuttt,truuttt... send contact.. ''

Dia: "send via sms bleh tak? Hp aku tak support la ang nyer sms contact,".

Aku: "Ok."

Dia: "Thanx beb."


*******

That's all for today... The end...
 
Copyright © ~~To Be Or Not To Be~~