Ada Aku Kesah???

Goodday everyone.. Warghhh sgt lama saya tidak membuka blog kesayangan saya ini.. Erkkk, bole ke kata cenggitu??? Hahahaha.. Belasah saja la labu...


Kenapa kita ber”blog”?? Ramai yang kata, ia adalah satu medium untuk memaparkan maklumat atau ilmu pengetahuan. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah medium untuk memperkenalkan sesuatu bidang perniagaan atau bisnes.


Tetapi saya ber”blogging”adalah sekadar untuk berkongsi dan bercerita sesuatu yang saya tidak boleh meluahkan secara terbuka terhadap seseorang atau dalam erti kata lainnya bercerita apa sahaja yang terlintas di ruang minda kita.


Apakah yang dimaksudkan dengan pendidik yang baik? Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang pendidik? Adakah dengan menjadi seorang pendidik yang tegas adalah pendidik yang baik?? Ermmm, ini adalah pendapat saya. Saya tidak menuding jari saya kepada sesiapa tetapi ini yang boleh saya suarakan di blog usang saya..

Profession dalam bidang pendidikan sekarang makin diminati oleh pelajar-pelajar. Adakah mereka memilih bidang pendidikan ini kerana minat? Ataupun kerana wang?


Pepatah ada menyebut “Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga”. Hanya kerana segelintir orang yang suka membuat onar, orang lain yang yang bekerja dengan penuh etika tercalar dek kerana tahi yang dipalit oleh orang2 tertentu.


Sakit kan rasa kalau tetiba ada yang menyuruh anda supaya “backup” orang yang tidak menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ketika mengangkat sumpah. Owhhh, tidak sama sekali. Itu sudah dikira bersubahat.


Silalah jujur dan amanah ketika menjalankan tugas boleh tak? Kalau tidak pandai dalam mendidik, belajar. There is NO END in LEARNING. BUT defend others if his/her do not enter the class to teach??????no way! It’s not a good ethics.


I don’t say that I am good enough but I am trying to be ONE. A good teacher is a good student. Do bear it SIR/MADAM. Please don't misjudge me as a BAD person. Ini cuma rintihan hati seorang insan yang bergelar pendidik.


1 comments:

syu_hada said...

sungguh...bukan pendidik saja berperangai begitu.tak paham aku..ramai yg buat kerja tak ikhlas...bekerja hanya untuk cukup bulan, ada duit masuk...mcm mn la duit tu nak berkat...haishhhhh... (T_T) ..teremo la plak....

 
Copyright © ~~To Be Or Not To Be~~