0

beratnya dugaan aku hari ini.

Assalamualaikum wbt...


Hati ini bersamaan 25.4.2012 merupakan tarikh yg sampai bila2 pun aku x akan lupa.. Sebenarnya arini berlangsung hari anugerah yang meraikan pelajar cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Setelah selesai majlis, bff aku ajak gi beli alat tulis kat qs jitra3. Dh alang2 nk p tu, mesti la nk withdraw duit. Maklumlah arini gaji untuk penjawat awam... Seperti biasa aku ajak bff aku p shell tanjung pauh. Nama apa shell tu aku x ingat. Yg dok ingat nk draw duit utk byr kereta dan dotdotdot... Sampai ja kat mesin atm tu, dan2 sukahati mcm nk melompat2. Gaji +tunggakan katakan. Tp bila aku tekan2 mesin seperti arahan... Tiba2 mesin atm yg tadinya BERFUNGSI telah bertukar rupa. Paparan screen berbunyi, "out of service, machine under maintenance"... Terkedu sat. Tapi kad atm aku selamat keluar. Resit pun xdak. Xsampai 1 minit, mesin tu kembali berfungsi. Bff aku kata nk try tekan2. Dengan jayanya dia dpt keluarkan duit spt yg dia nak. Aku jd x puas hati. Aku try semula. Tekan2 tup2 screen tulis "pengeluaran melebihi had"... Arghhh. Sudah. Ni dh semakin pelik. Tp dok rileks dulu. Pas teman beli alat tulis semua. Kami pi cimb jitra. Nk try withdraw lain. Paparan yg sama muncul. Melebihi had. Haihhh. Trus g kaunter customer services... Pastu dia tnya aku td bwk keluar duit kt mana? Pas2 cerita semua n isi borang report. Di kata selalu dah jadi gini bila hari gaji.. Dalam masa 1 minggu katanya nk refund. Tp bila memikirkan jumlah yg aku withdraw tu sgt BESAR.. Terus moral down. Resit dh la xdak. Haih.... Ya, Allah kau permudahkan urusan pemulangan semula duit hambaMu ini dengan kadar seger. Aminnn...


Published with Blogger-droid v2.0.4
0

Al-Fatihah

Pagi tadi aku memandu seperti biasa ke tempat kerja. 
Al-maklumlah orang-orang Kedah kan bekerja pada hari Ahad. 
Jam di tangan telah menunjukkan jam 8.00 pagi. 
Seperti biasa, setiap hari Ahad kelasku bermula jam 8.00 pagi.
Seawal pagi, pengumuman dibuat. 
Aku malas ambil tahu pada mulanya.
Ini kerana hati kecil aku berkata mesti nak bitau pasai 5's...
Namun anggapanku meleset sama sekali. 
Terkejut aku dengar pengumuman tersebut. 
Seorang pelajar yang aku kenali aku telah kembali ke rahmatullah...
Arwah masih muda. 
Arwah adalah anak tunggal.
Arwah merupakan pelajar yang baik dan murah dengan senyuman.
Arwah selalu menegur aku apabila kami berselisih di kedai makan .
Walaupun aku hanya mengenali arwah semasa menjadi pengiring ke kem di Pulau Pangkor terasa kehilangan arwah. 
Inikan pula keluarga dan teman-teman rapat arwah. 
Salam takziah buat keluarga  dan teman-teman rapat arwah. 
Semoga kalian tabah dengan kehilangan arwah.
Arwah dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi. 
Maafkanlah semua salah dan silap arwah, andai pernah dia menyakiti hati kalian..
Halalkan segalanya..
Moga arwah pergi dengan aman dan tenang di sana..
Dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh..

Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin..



Sesungguhnya, ajal tidak mengenal usia. 
Bila tiba masanya, kita akan dijemput.
&
Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.
 
0

Jenis Darah Saya

Heee... Selama 28 tahun saya hidup di mukabumi Allah swt... Saya tak pernah tau apakah jenis darah saya... Sangat sedih kan... Siyes beb... Bila org dok kata dia kumpulan darah dotdotdot... Saya diam aja sbb tableh nak nyampuk.... Bila ditanya pada parents, depa sendiri pun tak ingat depa darah apa... Aritu saya wat pemeriksaan darahh.... Sangat takut bila tgk jarummm.... Ngeeee.... Ngilu rasa nk kena cocok... akhirnya saya dapat tau apekah darah saya sekarang... Yippy!!!! Saya adalah golongan darah A... Bila dah tau kumpulan darah. tetiba teringin nak godek2 tenet cari info pasal org yang berdarah A ni... Hasil daripada godek2 tu.... Inilah hasilnya.

Tada.....


Dipetik dari laman http://duniakuduniamu.com/

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:

Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:

Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:

Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.




2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:

Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:

Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.




3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:

Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:

Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:

Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.




4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:

Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:

Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:

Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

1

Ada Aku Kesah???

Goodday everyone.. Warghhh sgt lama saya tidak membuka blog kesayangan saya ini.. Erkkk, bole ke kata cenggitu??? Hahahaha.. Belasah saja la labu...


Kenapa kita ber”blog”?? Ramai yang kata, ia adalah satu medium untuk memaparkan maklumat atau ilmu pengetahuan. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah medium untuk memperkenalkan sesuatu bidang perniagaan atau bisnes.


Tetapi saya ber”blogging”adalah sekadar untuk berkongsi dan bercerita sesuatu yang saya tidak boleh meluahkan secara terbuka terhadap seseorang atau dalam erti kata lainnya bercerita apa sahaja yang terlintas di ruang minda kita.


Apakah yang dimaksudkan dengan pendidik yang baik? Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang pendidik? Adakah dengan menjadi seorang pendidik yang tegas adalah pendidik yang baik?? Ermmm, ini adalah pendapat saya. Saya tidak menuding jari saya kepada sesiapa tetapi ini yang boleh saya suarakan di blog usang saya..

Profession dalam bidang pendidikan sekarang makin diminati oleh pelajar-pelajar. Adakah mereka memilih bidang pendidikan ini kerana minat? Ataupun kerana wang?


Pepatah ada menyebut “Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga”. Hanya kerana segelintir orang yang suka membuat onar, orang lain yang yang bekerja dengan penuh etika tercalar dek kerana tahi yang dipalit oleh orang2 tertentu.


Sakit kan rasa kalau tetiba ada yang menyuruh anda supaya “backup” orang yang tidak menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ketika mengangkat sumpah. Owhhh, tidak sama sekali. Itu sudah dikira bersubahat.


Silalah jujur dan amanah ketika menjalankan tugas boleh tak? Kalau tidak pandai dalam mendidik, belajar. There is NO END in LEARNING. BUT defend others if his/her do not enter the class to teach??????no way! It’s not a good ethics.


I don’t say that I am good enough but I am trying to be ONE. A good teacher is a good student. Do bear it SIR/MADAM. Please don't misjudge me as a BAD person. Ini cuma rintihan hati seorang insan yang bergelar pendidik.


2

Bonda Si Comel Telah Pergi Selamanya

Entry kali ni sangat tasyiokkk.... Aku br sahaja kehilangan kawan yang telah kembali ke rahmatullah tepat jam 6.30 ptg (26.12.2010)...

Kesiannya si comel, tak dapat merasai kasih sayang bondanya...

"Allah lebih sygkannya.. moga syurga tempatmu syg.. moga zuriat yg kau tinggalkan mjadi zuriat yg solehah dan mjadi pelepas rindu kmi smua pdmu.."


Align Center


video
0

Rindukan Gelak Ketawa Bonda Si Comel

Salam readers... Acheli I dunno whether I got any readers or not... But if I do have sum... Thx a lot...


************************************************************************************

Si comel di bawah merupakan anak kepada staf yang bekerja di opis saya.... Dia sangat comel hokeiiii... tp sayangnya... sehingga saat ini dia masih belum dapat merasai belaian, ciuman dan pelukan pertama daripada bondanya yang tercinta... Kenapa kah?? Apekah??


Si comel ini dilahirkan pada 20.12.2010 pada jam 9.00 malam... Malangnya, bondanya masih lagi tidak sedarkan diri selepas operation melahirkan si comel... Si comel ini semasa dilahirkan seberat 3.9kg dan disaat jari saya mengetuk2 lappy saya ini.. berat si comel sudah pun bertambah kepada 4.3kg... tapi keadaan bondanya masih tidak sedarkan diri... Jantung bondanya stabil, tetapi otak bondanya sudah tidak dapat berfungsi... Tuan2 doktor mengatakan peluang untuk bondanya hidup semakin tipis.

Saya tak dapat menahan sebak apabila melawat bonda dan sicomel ini... bondanya mengalirkan airmata ketika dilawat dan bondanya seakan mendengar butir perkataan yang keluar daripada si pelawat.


Saya petik ayat daripada seorang teman.... Sama-samalah kita berdoa kesejahteraan BONDA si comel kerana hanya doa sahaja yang mampu mengiringi dan menjadi temannya sekarang.... akan tetapi, jika dia pergi, dia akan pergi sebagai seorang yang SYAHID... INSYAALLAH...
2

keciwa

emmm, dh lama tak updet.. tup2 tajuk keciwa..

yup, sgt2 keciwa. sedih dengan sikap segelintir org yang kununnya kawan baik tp hal2 berkaitan pasal dia, org lain yg tau dulu. ape citer nih... selama ni dok citer sumer.. den tup2 hal2 hari bersejarah org lain yg tauu dulu. siap org tnye aku, betul ke?? ntah mana aku tau.. ishhhh... rasa cm nk larik je drpd jumpa dia tp aku tau tak bole sbb sokmo bertembung n berjumpa.

sekian..



 
Copyright © ~~To Be Or Not To Be~~