1

I Hate You

korang penah jumpa tak orang yang paling korang menyampah...

Aku ngah bengang ngan dis fella...

Perangaiiiiii... Putar belit alam...

Mau banyak bersabar...

Tapi kesabaran tu ada LIMITnya... Kalu terlebih LIMIT... takut akan berlakunya pergaduhan...

Depan aku kata orang tu suruh wat ini...

Depan orang lain.. dia wat onar kata aku. aku yang tanak.. aku suh tukar...


wadefakkk.... agak2 la weh... suka ahti ko je kan... aku tau la ang tua sket dari aku... tp apa hak ang nak laga-lagakan orang...


AKU BENCI HANG. TITIK. FULLSTOP.
0

Reunion....`

Reunion?? bila kah aku wat reunion nieh? kata bz... kata sibuk.. tetapi tiba2 plak reunion.. muhung la cik spek... hahaha... hari ini adalah reunion ketiga geng fabulous aku kat politeknik... Ahad?? Reunion, muhung gilaa...

*******

Yes dear, setelah sekian lama... ini kali ketiga geng F7 berkumpul... walaupon tidak semua yang hadir... at least 3 of us were there at the same time. TQ for our beloved adik... He was there capturing the nice moments for us... We were there for our friends Zyra... Congratulations dear... Semoga bahagia selamanya... Selama aku menghadiri kenduri kawen kawan2... Ni lah kali pertama kami tunggu lama... Tunggu sapa?? Zyra dan pasangannya... Lama bangat... Sampai dah nak chow dah aku... Tetapi ditahan oleh 2 org rakan baik dan seorg adik... Aku bukan boleh orang dok begging... sudahnya, dok dekat majlis sampai kul 3.30.... Punya la lama.. dari kul 12.00pm till 3.30 pm... OMG... Ridiculous kan... tak penah dibuat dek orang.. dok majlis kawen kawan2 lama2.. Tapi geng aku ni memang jenis tak kesah... Siap dok wat kecoh lagi kat majlis Zyra.... Hahahaha... Uncle n Aunty.. Sorry ye... Rindu kawan2 lama.. Tu yang tak bapa nak betoi sorang2 bila jumpa....

*******
.K.A.M.I.

-Gambar yang ditangkap tru rayban adik kami-


*******
Lepas tu, sampai je opis, depa ajak pi makan2 kat umah sorang staf nieh... Haddoii laaa, makan lagik... Dah orang jemput kan.. Pegi je la... Tak baek kalu tak pegi... Dia masak laksa, ketupat nasi n rendang... Sedap... Pastu shoot balek Alor Setar... Kat highway masa tu hujan lebat... Aku bawak 80km/jam je... Skali aku nampak kawan aku sorang nieh.. dulu punya la takut nak bawak kereta... skali speeding... Dia bawak kereta dalam 100 km/jam kot... Hahahaha... dia sokmo terkantoi ngan aku bawak laju-laju..

*******

Sampai je umah, Zyra kol... "weh, tolong bagi no ain sat... dia kata nak mai umah aku...".

Aku: "truuttt,truuttt... send contact.. ''

Dia: "send via sms bleh tak? Hp aku tak support la ang nyer sms contact,".

Aku: "Ok."

Dia: "Thanx beb."


*******

That's all for today... The end...
1

Jodoh Di Tangan Tuhan

Hari ini lepas makan tengahari tanpa membuang masa... Terus aku "ON" kan lappy aku... Bila dah on lappy... Baru terpikir.. Apa aku nak buat ehh... Dua tiga menjak ni rajin plak aku dok menulis... Hahahahhaha... Sebenarnya, kerja bersepah kat opis tapi mood tak ada... Berblog ni ada mood plak ehhh... Silly me... Pastu aku pun buka la emel... Aku tertarik ngan article yang diemelkan... So tanpa membuang masa.. Meh, usha meh...


Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..


Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan..
Hanya belum sampai masanya.


Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.


Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang.
Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right
Dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.


Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.


Semua benda, pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ?


Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.


Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


" Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada... "

2

fitnah...

ermmm.. tetiba je tulis pasal fitnah... kenapa ye... sebab kawan baik saya baru sahaja difitnah 'buat guna-guna'.. Giler aaa... Kenapa perlu memfitnah orang... bukan ke berdosa bila mengumpat, mengeji dan memfitnah niii...

rupanya masih ramai di kalangan kita suka menabur fitnah.... tetapi kenapa di kalangan masyarakat kita masih lagi suka memfitnah orang... apa faedah yang diperolehi bila fitnah orang... kekayaan, kesenangan atau kepuasan???

saya kasihankan BFF saya... satu persatu masalah yang menimpa... sabar ye geng...

dia: xxxxx, ang bz kah?
aku: awat wehh...
dia: aku tgh tension+geram+saket ati+marah
aku: sabar... kenapa??
dia: depa smua kata aku pakai bomoh duk guna2 dia... sbb tu dia syok kat aku dulu

Ya Allah, kenapa lah korang sangat keji... dulu korang kata macam2 kat dia... dia diamkan aja... sampaikan hari bersejarah dia yang dh hampir punah masa tu pon dia senyap.... jenuh aku bertanya kenapa... tapi dia tetap kata takda papa laaa... aku bahagia tengok dia bercerita pasal hal hari bersejarah dia... tapi bila dah separuh jalan kisah dia... tak penah aku dengar dia salahkan sesapa... yang dia tau hanya menangis, merintih... dan cuba mencari kekurangan apa yang ada pada diri dia...

tapi kalu dah dapat jawapan kenapa kisah dia terhenti... aku sebagai kawan pun rasa sedih... kenapa benda tu perlu terjadi??? aku tak bole reveal apa, kenapa.. tapi sebagai seorang sahabat aku rasa sangat tidak puas ati dengan alasan atau bukti yang diperolehi.... kejam dowhhhh buat anak orang macam tuuu... giler tak baekkk....

geng, aku tau ang kuat... walaupun pada zahirnya orang nampak ang lemah... (sebab appearance dia yang cikeding) jgn marah k... segala dugaan dan ujian yang menimpa ang ni adalah untuk menguji ang...

Allah s.w.t. sentiasa bersama orang-orang yang bersabar...

credit to: iluvislam.com
0

Iklan Raya 2010

Ermmm... Kenapakah di waktu sebegini masih lagi gigih berblog... Ini adalah kerana sehinggakan waktu ini, mata masih takmo lelap... Haishhh, kompem2 la mata panda sok... Dek kerana masih tidak mengantuk... Tanpa membuang dan berlengah lagi, aku pun membelek-belek emel yang di terima... Salah satu emel ni pasal iklan raya aidilfitri 2010...


*********

Al-kisah pasal iklan raya yang ditayangkan di TV3 aritu... Sejujurnya aku tak sempat pon usha iklan raya tersebut... Dek kerana diheboh2kan oleh staf opis... Esoknya, aku dok pulun bukak TV3... Kot-kot la ada lagi iklan tersebut... Sayang seribu kali sayang... Iklan tersebut dah ditarik balik daripada ditayangkan di TV3...

Iklan raya tersebut aku google kat Youtube pada Raya kedua... Al-maklum la hari-hari lain tu bz... hahhahaha... Ayat tak bole blah... bz sgt ke?? Setelah mengusha iklan tersebut, aku simpulkan bahawa ia sangatlah tidak sesuai sekali dengan konsep hari raya aidilfitri... Santa Klaus pelbagai... Tolong laa... Tau la sekarang ni 1 Malaysia, tapi perlu ke sampai wat iklan cam nak sambut Hari Natal aka Chrismas??? Dah terkompius jap aku usha iklan raya tersebut...

*********


Aku tekankan di sini ye.. Ini petikan emel yang aku perolehi... saja nak share dekat belog ni...


*********


Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.




Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran







Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism






Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.



Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..




Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).



p/s: Untuk makluman, TV3 telah pun menarik iklan raya ini pada malam semalam dengan memaklumkan penarikan itu melalui Buletin Utama malam semalam (5 September 2010). Di harapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Insya-Allah.
0

Rindu....

Rindu??? Sapekah yang aku rindu nieh??? Si dia kah??? Sapekah yang dimaksudkan ni?? Apekah yang aku maksudkan ni??? Ermmm....

Aku rindu zaman-zaman belajar..... Tetiba je aku mengimbau kenangan lama.... Giler ahh aku nieh... Awat la dok teringat zaman-zaman belajar ni??


Adekah kerana:


1. Aku teringin nak sambung belajar?

2. Aku sudah bosan dengan tekanan dan bebanan kerja??

3. Aku rindu nak lepak-ing ngan kawan-kawan???

4. Aku rindu zaman-zaman kenakalan aku??? Notty ke?? A little bit mehh...

5. Aku nak suasana rilek-rilek zaman-zaman belajar???



Banyaknya kemungkinannya kan... Ye, jawapannya adalah semua di atas.... Rindu zaman-zaman belajar wehh... Sangat-sangat rindu...

*******************************

Patut la masa zaman belajar degree dulu ade seseorang yang aku kenal ni berkata kat aku....

"Awak, awak kena enjoy zaman study ni.. even assignment banyak mana pon... Zaman study ni la sangat HEAVEN... Dalam banyak dan bertimbun assignment pon due date kena submit adelah minggu depan... Masih ada masa nak ilex2 ngan gosip2... Tapi bila awak dah kerja nanti... Percaya lah cakap saya... Awak rasa stress sangat... Saya dah experience ni... So do enjoys your study even sometimes you felt so annoyed wif lotsa assignments... Saya yang dah kerja 2 tahun ni pon masih terasa rindu zaman belajar... So awak jangan sesekali awak kata, "Kerja BESTT, ada duit sendiri - zaman belajar stess"... Tapi pada pandangan saya, memang bekerja ni best sebab dah pegang duit sendiri... Tapi tak penah pon cukup okeii.. Sebab bila dah bekerjaya, kehendak bertambah... Itu nak beli.. Ini nak beli... Dah tu, bila diassignkan dengan kerja kena submit segera okei.. Submit segera..."

Itu adalah salah satu perbualan aku ngan seseorang itu.... Betol cakap incik itu... Kerja ke, belajar ke... dedua stress.. zaman belajar nak pulun bagi dapat A sebab nak pointer "cekang"... Stress....

Dah kerja, stress bila kerja yang bertimbun-timbun ni tak susut-susut gak... Agak melampau kan... Setiap hari ada je kerja baru kena buat... Abes bila mau berkurang.. Makin bertambah adee laa....

******************************

I miss you guys....

Primary buddies: of coz my classmate 6 Unggul batch 1995...

Secondary buddies:
1. SMKAK - amal, ahak, nusai n the rest of 1 Kenanga n 2 Hikmah mates...

2. SMB - -> kat sekolah ni aku belajar 2 bulan je... pastu pindah sekolah.. masuk teknik

3. SMTAS - geng merapu...( uded, hasz, acik, tomei, isma, kak jah, ana, afzan, adit, wawa, idah), geng hostel (murni, rohaida, azlina, zaida, aisyah, syud, arab, layern, jat) n the rest of 4 & 5 Perdagangan batch 1999/2000...

Diploma level:
Geng F7... Pelik kan.. awat la geng F7... hehehe.. sebab masa tu dok gila tengok Meteor Garden ada F4.. Geng aku ni pon gedix la nak buh nama Geng F7... Kenapa F7?? sebab kami semua bertujuh... itu yang jadi F7... IMY Guys... Banyak kenangan ngan geng nie.. Zaman ni la kenottyan aku dan geng-geng terserlah... Hehehhee... Perangai macam hantu sorang-sorang... Kehkehkeh... Tapi sori, tak leh citer... Kenangan terindah kot...

Degree level:
Rindu ngan geng pertama aku kat UiTM... Geng-geng ni masa dok HOSTEL. Geng budak-budak selain daripada x-UiTM... (Kak nyit, maadii, jeduut, mel, aku) then bertambah ngan (naney, rosey)... kemedian br geng ngan geng2 UiTM ( ilalikok, ada, shimmy, qilly, ija, mek rose, nana, ida)... Ni semua geng aku yang bukan budak Akaun... Memang daripada zaman diploma lagi, aku kurang geng ngan dak course yang sama... Ini la geng yang paling best ever zaman dgree...

Bila dah dok lua... Aku tak dok serumah ngan geng2 aku... susah kalu dok umah ngan dak laen course... so aku wat decision dok ngan geng kelas... Kelas aku majority budak2 batch lahir umo 1985... Kira dalam 12 org yang senior dalam kelas termasuk aku... Layan je geng ngan dak2 ni... happening giler walaupon ada 3 kelas... tapi ok laa... grouping pon senang... cuma aku tak suka masa presentation.. sokmo dibuli oleh mereka2 nih... haishh... tapi memory remains forever... I LOVE you guys...


*******************************

Itu semua yang aku rindu zaman-zaman belajar... Ada gak kenangan pahit tapi setelah tamat pengajian, aku buang terus dari kotak fikiran aku kenangan-kenangan yang tak best tu... Buang terus tak bermaksud aku dah melupakan... Aku mungkin dah memaafkan orang-orang yang banyak buat salah dengan aku... tetapi aku tak mudah melupakan peristiwa-peristiwa bersejarah itu...

====== The End ======




0

hujan lebat...

Kelmarin hujan lebat di tanah Alor Setar dan Jitra... Sangat lebat hokeyy... Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi @ tanah Alor Setar pukul 5.45 pagi... Cemana yek aku leh tau hujan turun dengan lebatnya... Hehehhe... Sebabnya paginya aku bangun bersahur... 1st day berpuasa 6 dan ganti posa pada tahun ni... Mesti la semangat... :)

*************************

Jam di tangan dah menunjukkan pukul 7.10 pagi... Kebiasaannya pada jam2 gini jalan raya takdak la jem... Akan tetapi pada pagi ni... Jalan sangat jammed... Ini lah beberapa gambar yang sempat di snap oleh aku ketika my lovely daddy drive...


Keadaan jalan raya di Jalan Langgar


Keadaan di simpang jalan ke Kolej Komuniti dan Polimas, Jitra.

**************************

Video di bawah aku amek ketika di Highway Alor Setar - Jitra.... Ignore aje munyik lagu ngan suara my lovely daddy dok ngomen kereta yang kasik "hazard lamp" ketika ujan lebat... Hehe... Masa tu dok layan Hot.FM.. Lagu ape ntah...




*****************************************

Biasanya kalu kuar umah kul 7.15 pagi... Akan sampai ke opis pukul 7.35 pagi... Akan tetapi bila terperangkap dalam jammed pagi ini... Aku sampai ke opis jam pukul 7.53 pagi... Beberapa minit je lagi nak 8.00 pagi... Selamat.... Mostly staff lain sumer thumb print kul 8.00 ke atas... Kena isi form lewat ye kawan2... Hahahha....

Hujan masih turun dengan lebatnya sampai pukul 9.00 pagi... Sampaikan pagi tu banyak sms yang diterima....

SMS1: Cik, sori.. Ujan lebat... Kami masuk kelas lambat sikit...

SMS2: Cik, saya dotdotdot... Saya mintak mahap cik... Area Alor Setar ujan lebat la cik... Saya mungkin lambat sikit....

SMS3 dan berikutnya: Cik, ada kelas tak pagi ni.. Ujan lebat ni... Saya taleh pi kolej...


***************************************
Itulah hakikatnya... Pelajar zaman sekarang ni... Bila zaman makin maju... Makin malas dorang nak ke kelas.... Aku dulu PEMALAS gak... tapi takde la sampai nak ponteng kelas... Ku gagahi jua ke kelas walaupon malas... Pastu bila dapat tau kelas postponed je.. Senyum lebar hingga ke telinga sebab takde kelas... Bukan sebab ponteng hokey.. Sebab pensyarah yang ade hal... Balek je bilik.... Port yang aku carik ialah katil usang di Kolej atau pon toto di rumah sewa...

Teringat plak pepatah.... "Learnt from experienced"... Yes I admit it... Makin bertambah umor, Makin banyak aku belajar tentang ragam orang sekeliling.... Cam mo amek Master in Physchology la nanti... Hehehehe.... Tetiba teringin plak sambung belajar.... :)))
2

ya.. ya.. ya.. saya mengaku...

apekah entri aku arini kan.. ntah hapa2... mengaku apa plak dah... hehehehe....

ya... ya... ya... saya mengaku saya dah tembam kembali selepas raya...

uwaaaa.... sangat tidak suka okei... arini dah la 1st day masuk opis selepas raya...

tiba2 ada sorang staff lelaki ni bagi salam dan tegor aku...

dia: Assalamualaikum...
aku: Waalaikumussalam...
dia: Selamat Hari Raya...
aku: Selamat Hari Raya...
dia: Eh, kenapakah aku nampak ang makin tembam nieh?? Raya nie ang makan kueh banyak sangat ka weh??
aku: dengan muka yang tak bersalah...(senyum aje..) bajet paling kool la kunun... tapi dalam ati sentap hokey...

uwaaaa.... biasa la kan... lepas raya... sapa yang masa hari raya diet... tak dak kot... mesti sumer orang melantak tak hengat punya... termasuk la aku.. tp kalu dh hari2 ada open house.. ada makan2... takkan berat tak bertambah.. kompem naik laa... tapi masih tak sedar diri dan beringat.. padan muka aku...

ingatkan aku je kena tegor.. skali kawan seakuarium aku pon kena gak... hahahahaha.. dia lagik aa kesian.. ramai yang tegor dia... sampaikan dia cuak... aku boleh berlagak kool je... pastuh ada seorang staff lelaki ni kata kat kitorang...

dia: ok la tu dah tembam sket...
kami: mana bole... berat dah naik ni, payah nak turun... nak beli baju pon susah...
dia: betoi3... mcm bini aku... masuk butik kat kedah... tadak saiz.. nak beli baju kena pi SOGO ngan alamanda.. ada satu kedai ni.. jual baju triple XL...
kami: tu laa... nak kena diet nieh...
dia: tak payah laa... hangpa beli tilam nak hat tebai ka hat nipis?
kami: tebai la...
dia: owhhh, nak beli tilam mau plak beli hat tebai... awat tak beli hat nipis?
kami: mana bestt, tak empuk...
dia: haaa, dah tu tak payah nank risau tembam2 ni.. comei dah aih... org tamau aih org kuruih2 sangat...
kami: mana ada nak kuruih sangat.. cuma nak berat badan ideal ngan tinggi ja...
dia: ok la tu.. sat nak tnya, kalu org buat kenduri, beli lembu hat gemuk ka kurus?
kami: gemok la.. baru sedap...
dia: hahahaha... tau pon...

kemedian, apa yang dia dok merapu pon aku ngan mber aku dah malas nak amek port sebab otak dok berpikir sal meeting sok pagi kul 9.00 pagi berkenaan ngan persiapan tempat untuk wat Jamuan Raya Kolej... Padan la ngan muka kami, before cuti tak ingat langsung pasal persiapan khemah, meja, kerusi ngan PA System... Urghhhh, tensennn...

1st day masuk kerja dah tekanan... Ngee.... Sangat stress...
0

bye2...

arini adik aku yang selalu aku dok buli, dok gaduh dah balek UiTM Merbuk... Ganas kan ayat... aku yang dok buli minah kecik ni... Mentang2 la aku besar gabak... Aku la dok buli dia.. Padahal dia yang dok buli aku.. Sket2..."along, pinjam keta... nak pi library..." sok2 bila balek, "along, jum la kita kluaq, boring aaa..." Ni la satu2 nya adik yang aku sokmo bertekak, dok gaduh...

Tapi bila dia tadak, umah agak sunyi sbb kat umah aku ni, jagi hingaq bila ramai balek... la ni bila depa dah balek ke "kubang" masing2... umah sunyi ja... tak kan nak gelak sorang2.. kang jiran sebelah umah kata aku weng plak... hahahaha...

tadi pas Maghrib pi antaq dia... Ya Allah Ya Rabbi... Jalan kat Merbuk JEM ok... Jem terok plak tu... Aku pon stuck dlm keta selama 30 minit untuk sampai ke Tol GURUN... Pastu sampai umah layan citer Air Mata Salina... Tak paham aku citer tuh.. Last2 dah ngantok, terus tutup tv.. masuk bilik, kunci jam dan turu(tidoq)...
1

salam aidilfitri

hehehehe... still in raya mode... moh nak citer sal raya 2010...

1st raya.
semua ahli keluarga ada... lengkap... so dh boleh potraitkan gambar family tahun ni... anak sedara yang berusia 6 bulan sgt comel berbaju raya... hahahaha... tapi kesian tengok dia.. dh la panas... parents dia merangkap adik ngan adik ipar aku bagi gak dia pakai baju raya...


tada... ni rupa dia... br 6 bulan... tp Ya rabbi... berat cm dh umo 1 tahun...


pas bermaaf-maafan kat umah... gerak ke umah tok sebelah abah... yang ada cuma tok ngan paksu... adik-beradik abah yang lain tak sampai lagik... petang2 sket kot baru sampai umah tok... kemedian kami bertolak balek kampung sebelah mak pula... even tok dah meniggal... kesemua anak arwah Hjh Mariam Zakaria berkumpul di kampung kecuali Pak Man aku... Rindu sgt kat arwah tok aku... Lepas Asar, kami ramai2 bergerak ke umah Tok Lang ngan Tok Cik... Umah adik2 arwah tok aku... Sampai umah je dlm kul 6.30 ptg terus terlelap sampai kul 8.15 malam... tak senonoh kan...

Malamnya, pak ngah n family dan paktih n family mai beraya kat umah... ( adik-beradik sebelah abah) hehehehe... biasa la, time raya2 ni la nak berkumpul adik-beradik kan.... Lepa lepak-ing kat umah aku smpi kul 11.00 malam...


2nd raya.
Raya kedua ada majlis pertunangan kazen aku... (anak pak ngah) tapi family aku tak bole g karena bertolak ke Baling... ada kenuri arwah ngan akikah (family belah mak aku) bertolak kul 10.00 pagi... suppose exit SP (utara) tetapi kerana keasyikan bersembang... terlepas exit SP (Utara)... padan muka aku ngan adik... dh kena pot-pet sedas sebab tak peka... layankan aje even tak bersalah... hahahaha...

sampai ke umah Tok Njang dalam kul 12.30 tgh hari.... then ada tazkirah sket oleh Pak Lang aku - anak Tok Chik (ustaz hadi) Dia dok cerita salah silah keluarga Tok Guru Haji Zakaria...<---- Arwah Tok Nek aku.... Pas makan2 kat umah Tok Njang terus ke umah kazen aku yang bertunang... Makannya idak laa... sebab perut dh penuh sumbat makanan kat umah Tok Njang.... Hehehehe...

Berjumpa ngan kazen2 yang br balek dari Putrajaya di rumah Pak Ngah... Sebok dok tnya sal aku.. Bila mo kawennn... Dengan senyuman yang paling manis... (ehhh, jap nak pk.... manis ke kelat ehh masa tu... aku dh tak ingat dah... tp...) aku berkata, "Find me a man that taller than or at least equally my height. Then I will be marrying that person"... Paling aku bengang depa tak caya aku tadak spesel bf... mangkuk berhayun... tembak mau??? Cess...

Malamnya free.. Lepak-ing depan TV aje...


3rd raya.
Umah aku ada wat makan2 sket... Jemput sedara-mara dan kawan2 (aku n adik2)... Alhamdulillah ramai yang datang ke teratak kami... Hehehe... Sampai tak dan nak melayan tetamu... (sori ye, kepada yang mai umah tapi tak dilayan oleh tuan rumah.. bukan pilih kasih nohhh) melayan tetamu sampai pukul 10.00 malam... kemudian kedai dah tutup... :)


4th raya.
Beraya di rumah Tok Ndak di Hutan Kampung... (makan laksa siam kuah lemak) dan malamnya beraya di rumah Mak Ndak di Kepala Batas Kedah... (makan bihun sup tulang)...


5th raya.
Beraya di rumah Mak Long (kakak mak aku)... Makan Nasi Lemak, Lauk - Sambal udang, sambal telur puyoh, ayam goreng, ikan bilis goreng, timun pahit... hahahhaa...

Kul 2.00 petang bergerak ngan mber ke umah bestfriend kami di Taman Kemudi Kuala Kedah... Makan spagetti.... aku bedal spagetti dia sket je sbb dah makan nasik lemak pg td tapi aku blasah conflakes dia byk nak mampus... hahahaha... Malu I k...

Kul 5.00 petang gerak ke rumah Cikgu Pian... (even aku tak kenal cikgu tu tapi sbb aku followers... pegi jek)...

Dlm kul 5.45 petang bertolak ke umah mber satu sekolah di Kg. Pida 3 di Tunjang Kedah.. Pengalaman yang agak menakutkan... Segerombolan lembu2 melintas di jalan kampung yang kecik... Macam dah kena serbu weh.. aku sangat takut... tapi takut2 sempat gak aku snap 3 gambar...




Pas snap 3 gambar ni... kiri kanan kereta lembu2 ni serbu... dah tadah tangan di muka dah aku masa tu.. takut2 lembu2 ni pijak kereta kawan aku.. mau kami ranap di dalam kereta... syukur semuanya selamat.... Lepak-ing umah dia smpai kul 8.00 malam... pastu terus balek umah... Giler aaa.. dah la malam.. Jalan kampung mana ada lampu... sesat gak kitorang mencari jalan pulang....


6th raya.
Lepak-ing di rumah sambil melayan cerita TV3 dan TV9... Even masih mode raya... Tapi dah malas nak keluar rumah.... Sekian.


7th raya.
Dok sebuk post xtvt raya tahun ni... Petang2 kang rasanya nk beraya umah bestfriends masa blaja kat UiTM Perlis... Tengok la cana.. Kena roger2 dulu dia... Kang dia ada hal plak...

Lupa plak... Selamat Hari Malaysia semua... Ape korang wat pada Hari Malaysia ehhh??? hehehehe...

The End...
0

iftar ramadhan


harini ada majlis berbuka puasa di OLD VILLAGE... sebenarnya tak terlintas pon nak berbuka puasa reramai nieh.. tapi last week ader sorg member ni tanya aku .

Dia: Ehh, ang tau dak mana OLD VILLAGE?
Aku: Tau la.. Awat?
Dia: Jum weh... kita arrange makan2 buka posa kat sana..
Aku: Bila?
Dia: Malam ni laa, Sok malam aku balek. (masa tu sehari before independent's day)
Aku: Mana bole... Ang ingat best ka pi redah ja... satgi tadak meja kosong.. ampeh... kena booking
dulu. satgi menangihh ja pi..
Dia: Ok... Wat event kat facebuk ok...
Aku: K. tapi aku taleh nak access FB... sapa2 yang ada berukband tuh pi la wat event sat...
Dia: lorhhh... suh aa nad...
Aku: ang pi tnya dia sendirik.. hahaha... aku tamau...
Dia: Ok2.. (terus ja dia pi tnya kawan m=kami hat sorg lagi... lepaih tu dia mai kat aku ngan senyum2 kambengg sambil double thumbs up... ---> means dia dh berjaya pujuk kawan kami wat event kat fesbuk...

setelah berbincang dapatlah dikumpulkan seramai 16 org... estimate sorang RM20 per head...



menu kami pada hari ini ialah...

1. Nasi Putih
2. Ikan siakap 3 rasa
3. Kangkung goreng belacan
4. Telur goreng
5. Tomyam campur
6. Sotong celup tepung
7. Ayam goreng kunyit
8. Daging masak merah
9. Sambal & ulam-ulaman
10. Air sirap & blackkaren

Sebelum berbuka puasa cuaca sgt elok... seronok sgt sbb dpt berbuka kat anjung... siap ada tag nama aku lagi kat anjung tuh... hahahha.. tp tak sempat nk pi snap gambar... lepas azan maghrib ja... hujan rahmat turun... angin yg sgt2 kuat sehinggakan tempias kat anjung... pengalaman berbuka puasa di kala hujan lebat n angin kuat... sampaikan ada mber aku ni br beli nikon d90 sanggup menggunakan beg kwn aku yg wat event kt fesbuk sebagai pelindung d90 dia.. hehehe... apepon enjoy sgt malam tu... :)


ini lah rupa makanan kami pada iftar ramadhan hari ni...

Licin makanan yang di"order"... tapi ada satu je yang tak besst... nasi putih tak cukup... agak mengeciwakan sbb ada sorg tu masih lapar kerana nasi putih tak cukup.... tihh, sori naa... aku tatau yg korang nk nasik putih lagik.. kalu dak aku dah halu2 kat owner restoran tu... tatau la apa komen dorg tentang makanan kt OLD VILLAGE... tp family aku n family kazen aku suka makan kat sana.. sekian... aku tak kesah la korg nak kutuk ke makanan kat situ tak sedap ke hape.. sbb aku cuma organise tempat mkn jek... org laen yg plan nk makan kat sana... hehehe...

0

no caption

arini mo cerita sal maher zain... hehehehe... sebelom ni mmg adik aku yang kecik dok bitau yang lagu2 maher zain sgt best... thumbs up kata beliau... tapi masa tu aku sgt2 bz so ignore aje apa yg dikatakan oleh beliau... sampai la last week aku terdengar lagu INSYA ALLAH... sgt2 sedap... dan2 tu aku download semua lagu maher zain.... berkonsepkan ketuhanan... syahdu je dengar... smpi adik aku dah start mengata aku... hahahaha... ada aku kesah??? mampus tak heran la ngan kutukan beliau... ahahaha....




Lyrics: Insha ALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way
0

Alhamdulillah

Pada 30 Ogos 2010 yg lepas, aku dh dpt jawapan tentang surat perlantikan jawatan aku.... Alhamdulillah.. Selamat semuanya... Lepas temuduga ritu, ia sgt2 menghantui pikiran aku... How I wish I cud juz forget about it... Tp mana mungkin... Aku masih berfikiran waras.. Jadi ia tetap menghantui aku walaupon aku tak penah mau memikirkannya... Kalu mende yang cenggini pon aku taleh nk lupa.. ini kan pula peristiwa yang berlaku pada arini...


Arini bersamaan 1 Sept 2010, ada majlis berbuka puasa... Majlis bermula pukul 6.30 petang tetapi... biasa la.. tetapi aku ngan mber aku pegi bila jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7.00 malam... Hehehehe...

Nak dijadikan cerita, dah la terlewat dh ni... mber aku ngan aku terpisah di jalan raya.. dia ikut laluan A, aku laluan B.. Laluan A masuk jalan besar... Laluan B ikut jalan perumahan awam n bazar ramadhan...

Aku ni plak ametur bawak kereta... bukan profesional pon... lorong kecik2 ngan ramai org ni mana penah aku lalu.. sokmo jalan hat agak2 boleh selisih kereta ja aku lalu... nak dijadikan cerita, td penuh sesak di laluan B... aku dh start cemas... nak reverse, moto byk membontoti kereta aku... pastu aku tawakkal aje la.. redah je la kn... kang terlambat plak ke majlis berbuka puasa tu...

memula tu dh ok tp... tp lagi... kat simpang depan tu.. masyaAllah, penuh ngan moto, org awam yang lalu lalang cm dorang punya jalan tu, kereta yang stuck sbb dh tatau mana mau pegi... aku pun drive la slow2 sbb aku tak berani ramai org ni.. kang terlanggar anak orang mampus aku...

Sayang seribu kali sayang... malang tak berbau... aku tatau la terlanggar sesapa ke tak... sbb takde pon bunyi hentakan tp mungkin sbb aku terlajak laluan sket, ada org ketuk kereta aku... "knock, knock" Cuak dh aku.. bila aku usha dia, takdak pa pon.. mungkin dia nk bgtau aku kot yg aku dh terOVER di situ... Cm dh takmo bwk kereta di laluan sempit dan ramai org.. tp kalu tak bwk bila mau hebat bwk kereta... Cuma aku doa2 agar takde sapa yg dirempuh oleh aku... Kalu dak teruk aku dikerjakan oleh ayahanda terCHENTA... Aku kena berhati2 selama 2 minggu ni.. mana tau tup2 ada org perasan no plet kereta aku ngan pemandu yang tau bertauliah nieh... ngeee~~~Ngeriiiii... sumpah tahap cuak aku dh maksimum...

Aku smpi di majlis tu ada la dekat2 nk berbuka... mau kena sound tepek tadi... hahaaha... sori naa... jammed teruk kot td.... pas berbuka trus aku balek... peristiwa arini tak mungkin aku lupa kot.. sama cam temuduga aritu...

Demm itttt.... Kenapa la aku ni suka sgt pk teruk2... bila citer kt mber aku, dia kata normal la.. kalu dh jln sempit.. lgpun ang kn tak biasa jln tu... "juz forget it... tlg jgn semakkan pikiran anda"kata beliau.. tp kata aku,"urghhh, i juz cant..."

conclusion: Reckless. Trauma. Hate.

the moral of the story - Please drive carefully. Don't be a reckless person. Once you do something terrible (depends on you about the situation) you won't forget it. It will remains forever until one fine day... And it takes a long journey to reach that one fine day.


 
Copyright © ~~To Be Or Not To Be~~