Al-Fatihah

Pagi tadi aku memandu seperti biasa ke tempat kerja. 
Al-maklumlah orang-orang Kedah kan bekerja pada hari Ahad. 
Jam di tangan telah menunjukkan jam 8.00 pagi. 
Seperti biasa, setiap hari Ahad kelasku bermula jam 8.00 pagi.
Seawal pagi, pengumuman dibuat. 
Aku malas ambil tahu pada mulanya.
Ini kerana hati kecil aku berkata mesti nak bitau pasai 5's...
Namun anggapanku meleset sama sekali. 
Terkejut aku dengar pengumuman tersebut. 
Seorang pelajar yang aku kenali aku telah kembali ke rahmatullah...
Arwah masih muda. 
Arwah adalah anak tunggal.
Arwah merupakan pelajar yang baik dan murah dengan senyuman.
Arwah selalu menegur aku apabila kami berselisih di kedai makan .
Walaupun aku hanya mengenali arwah semasa menjadi pengiring ke kem di Pulau Pangkor terasa kehilangan arwah. 
Inikan pula keluarga dan teman-teman rapat arwah. 
Salam takziah buat keluarga  dan teman-teman rapat arwah. 
Semoga kalian tabah dengan kehilangan arwah.
Arwah dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi. 
Maafkanlah semua salah dan silap arwah, andai pernah dia menyakiti hati kalian..
Halalkan segalanya..
Moga arwah pergi dengan aman dan tenang di sana..
Dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh..

Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin..



Sesungguhnya, ajal tidak mengenal usia. 
Bila tiba masanya, kita akan dijemput.
&
Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.
 

0 comments:

 
Copyright © ~~To Be Or Not To Be~~