Bandaraya Alor Setar Lumpuh Akibat Banjir

Salam... Selama aku 27 tahun aku membesar di Alor Setar, belum pernah aku dengar banjir teruk di kawasan perumahan aku... habis-habis jauh yang dok dengar pasal banjir ialah dekat Pantai Johor. Tu ja.. Tapi tahun 2010, Taman Rakyat Alor Setar, Taman Uda, Jalan Sultanah, Jalan Stadium, Jalan Hutan Kampung, Jalan Teluk Wanjah.. Abes ayaq nek kat Jalan Raya...

Risau sangat... Taman-taman yang aku sebut tadi adalah kawasan perumahan yang dekat sangat kawasan perumahan aku... Sehingga saat aku menulis ni... Bekalan air di Alor Setar sudah terputus selama 3 hari... Adakah bekalan air bersih akan terputus sampai minggu depan?? Entah la... Moga2 pulih seperti sediakala... Takde bekalan letrik, takpa lagi... Masih boleh bertahan... Tapi kalu bekalan air takde, semacam dah rasa... Melekit2, berbau sumer ada... Air sumber utama mineral yang sangat penting untuk tubuh...

Kepentingan air adalah sangat banyak... Tapi dalam keadaan darurat nieh... Air penting untuk:

1. Air penting untuk sistem pendinginan tubuh (melalui keringat).

2. Air penting untuk membasuh baju-2 yang berlonggok2 di dalam bakul.

3. Air penting untuk xtiviti berhadas (kecil dan besar)


Info dibawah dipetik dari http://www.hmetro.com.my/

Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah di Kota Setar iaitu Jalan Hutan Kampung-Kepala batas; Jalan Langgar-Simpang Hutan Kampung; Jalan Sultanah; Jalan Alor Setar-Kangar; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Alor Janggus-Gunung Keriang; dan Jalan Gunung Keriang-Sungai Korok.


Jalan-jalan yang dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan ialah di Kota Setar iaitu Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Tambang Badak; Jalan Stadium; Lebuhraya Sultanah Bahiyah; Jalan Langgar-Pendang; Jalan Alor Setar-Pokok Sena; Jalan Alor Setar-Pokok Sena-Kuala Nerang; Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang; dan Jalan Suka Menanti-Gunung Keriang.


0 comments:

 
Copyright © ~~To Be Or Not To Be~~