1

juz came back from Cameron Highlands...

i'm backkk...

hahahhaaha...

weng minah nieh kan...

baru ja pulang dari Cameron Highlands...

ke sana atas urusan bawak budak-budak... (kununnya...) tapi sebenarnya saja je nak jalan2... hehehe...

bertolak pada malam Khamis (30 Sept 2010) pulang ke rumah terchenta di Alor Setar pada Ahad petang (3 Okt 2010)

Macam2 cerita tapi perlu disimpan dahulu... Kerja masih banyak.. Will be update later. InsyaAllah...
1

I Hate You

korang penah jumpa tak orang yang paling korang menyampah...

Aku ngah bengang ngan dis fella...

Perangaiiiiii... Putar belit alam...

Mau banyak bersabar...

Tapi kesabaran tu ada LIMITnya... Kalu terlebih LIMIT... takut akan berlakunya pergaduhan...

Depan aku kata orang tu suruh wat ini...

Depan orang lain.. dia wat onar kata aku. aku yang tanak.. aku suh tukar...


wadefakkk.... agak2 la weh... suka ahti ko je kan... aku tau la ang tua sket dari aku... tp apa hak ang nak laga-lagakan orang...


AKU BENCI HANG. TITIK. FULLSTOP.
0

Reunion....`

Reunion?? bila kah aku wat reunion nieh? kata bz... kata sibuk.. tetapi tiba2 plak reunion.. muhung la cik spek... hahaha... hari ini adalah reunion ketiga geng fabulous aku kat politeknik... Ahad?? Reunion, muhung gilaa...

*******

Yes dear, setelah sekian lama... ini kali ketiga geng F7 berkumpul... walaupon tidak semua yang hadir... at least 3 of us were there at the same time. TQ for our beloved adik... He was there capturing the nice moments for us... We were there for our friends Zyra... Congratulations dear... Semoga bahagia selamanya... Selama aku menghadiri kenduri kawen kawan2... Ni lah kali pertama kami tunggu lama... Tunggu sapa?? Zyra dan pasangannya... Lama bangat... Sampai dah nak chow dah aku... Tetapi ditahan oleh 2 org rakan baik dan seorg adik... Aku bukan boleh orang dok begging... sudahnya, dok dekat majlis sampai kul 3.30.... Punya la lama.. dari kul 12.00pm till 3.30 pm... OMG... Ridiculous kan... tak penah dibuat dek orang.. dok majlis kawen kawan2 lama2.. Tapi geng aku ni memang jenis tak kesah... Siap dok wat kecoh lagi kat majlis Zyra.... Hahahaha... Uncle n Aunty.. Sorry ye... Rindu kawan2 lama.. Tu yang tak bapa nak betoi sorang2 bila jumpa....

*******
.K.A.M.I.

-Gambar yang ditangkap tru rayban adik kami-


*******
Lepas tu, sampai je opis, depa ajak pi makan2 kat umah sorang staf nieh... Haddoii laaa, makan lagik... Dah orang jemput kan.. Pegi je la... Tak baek kalu tak pegi... Dia masak laksa, ketupat nasi n rendang... Sedap... Pastu shoot balek Alor Setar... Kat highway masa tu hujan lebat... Aku bawak 80km/jam je... Skali aku nampak kawan aku sorang nieh.. dulu punya la takut nak bawak kereta... skali speeding... Dia bawak kereta dalam 100 km/jam kot... Hahahaha... dia sokmo terkantoi ngan aku bawak laju-laju..

*******

Sampai je umah, Zyra kol... "weh, tolong bagi no ain sat... dia kata nak mai umah aku...".

Aku: "truuttt,truuttt... send contact.. ''

Dia: "send via sms bleh tak? Hp aku tak support la ang nyer sms contact,".

Aku: "Ok."

Dia: "Thanx beb."


*******

That's all for today... The end...
1

Jodoh Di Tangan Tuhan

Hari ini lepas makan tengahari tanpa membuang masa... Terus aku "ON" kan lappy aku... Bila dah on lappy... Baru terpikir.. Apa aku nak buat ehh... Dua tiga menjak ni rajin plak aku dok menulis... Hahahahhaha... Sebenarnya, kerja bersepah kat opis tapi mood tak ada... Berblog ni ada mood plak ehhh... Silly me... Pastu aku pun buka la emel... Aku tertarik ngan article yang diemelkan... So tanpa membuang masa.. Meh, usha meh...


Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..


Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan..
Hanya belum sampai masanya.


Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.


Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang.
Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right
Dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.


Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.


Semua benda, pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ?


Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.


Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


" Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada... "

2

fitnah...

ermmm.. tetiba je tulis pasal fitnah... kenapa ye... sebab kawan baik saya baru sahaja difitnah 'buat guna-guna'.. Giler aaa... Kenapa perlu memfitnah orang... bukan ke berdosa bila mengumpat, mengeji dan memfitnah niii...

rupanya masih ramai di kalangan kita suka menabur fitnah.... tetapi kenapa di kalangan masyarakat kita masih lagi suka memfitnah orang... apa faedah yang diperolehi bila fitnah orang... kekayaan, kesenangan atau kepuasan???

saya kasihankan BFF saya... satu persatu masalah yang menimpa... sabar ye geng...

dia: xxxxx, ang bz kah?
aku: awat wehh...
dia: aku tgh tension+geram+saket ati+marah
aku: sabar... kenapa??
dia: depa smua kata aku pakai bomoh duk guna2 dia... sbb tu dia syok kat aku dulu

Ya Allah, kenapa lah korang sangat keji... dulu korang kata macam2 kat dia... dia diamkan aja... sampaikan hari bersejarah dia yang dh hampir punah masa tu pon dia senyap.... jenuh aku bertanya kenapa... tapi dia tetap kata takda papa laaa... aku bahagia tengok dia bercerita pasal hal hari bersejarah dia... tapi bila dah separuh jalan kisah dia... tak penah aku dengar dia salahkan sesapa... yang dia tau hanya menangis, merintih... dan cuba mencari kekurangan apa yang ada pada diri dia...

tapi kalu dah dapat jawapan kenapa kisah dia terhenti... aku sebagai kawan pun rasa sedih... kenapa benda tu perlu terjadi??? aku tak bole reveal apa, kenapa.. tapi sebagai seorang sahabat aku rasa sangat tidak puas ati dengan alasan atau bukti yang diperolehi.... kejam dowhhhh buat anak orang macam tuuu... giler tak baekkk....

geng, aku tau ang kuat... walaupun pada zahirnya orang nampak ang lemah... (sebab appearance dia yang cikeding) jgn marah k... segala dugaan dan ujian yang menimpa ang ni adalah untuk menguji ang...

Allah s.w.t. sentiasa bersama orang-orang yang bersabar...

credit to: iluvislam.com
0

Iklan Raya 2010

Ermmm... Kenapakah di waktu sebegini masih lagi gigih berblog... Ini adalah kerana sehinggakan waktu ini, mata masih takmo lelap... Haishhh, kompem2 la mata panda sok... Dek kerana masih tidak mengantuk... Tanpa membuang dan berlengah lagi, aku pun membelek-belek emel yang di terima... Salah satu emel ni pasal iklan raya aidilfitri 2010...


*********

Al-kisah pasal iklan raya yang ditayangkan di TV3 aritu... Sejujurnya aku tak sempat pon usha iklan raya tersebut... Dek kerana diheboh2kan oleh staf opis... Esoknya, aku dok pulun bukak TV3... Kot-kot la ada lagi iklan tersebut... Sayang seribu kali sayang... Iklan tersebut dah ditarik balik daripada ditayangkan di TV3...

Iklan raya tersebut aku google kat Youtube pada Raya kedua... Al-maklum la hari-hari lain tu bz... hahhahaha... Ayat tak bole blah... bz sgt ke?? Setelah mengusha iklan tersebut, aku simpulkan bahawa ia sangatlah tidak sesuai sekali dengan konsep hari raya aidilfitri... Santa Klaus pelbagai... Tolong laa... Tau la sekarang ni 1 Malaysia, tapi perlu ke sampai wat iklan cam nak sambut Hari Natal aka Chrismas??? Dah terkompius jap aku usha iklan raya tersebut...

*********


Aku tekankan di sini ye.. Ini petikan emel yang aku perolehi... saja nak share dekat belog ni...


*********


Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.




Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran







Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism






Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.



Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..




Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).



p/s: Untuk makluman, TV3 telah pun menarik iklan raya ini pada malam semalam dengan memaklumkan penarikan itu melalui Buletin Utama malam semalam (5 September 2010). Di harapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Insya-Allah.
0

Rindu....

Rindu??? Sapekah yang aku rindu nieh??? Si dia kah??? Sapekah yang dimaksudkan ni?? Apekah yang aku maksudkan ni??? Ermmm....

Aku rindu zaman-zaman belajar..... Tetiba je aku mengimbau kenangan lama.... Giler ahh aku nieh... Awat la dok teringat zaman-zaman belajar ni??


Adekah kerana:


1. Aku teringin nak sambung belajar?

2. Aku sudah bosan dengan tekanan dan bebanan kerja??

3. Aku rindu nak lepak-ing ngan kawan-kawan???

4. Aku rindu zaman-zaman kenakalan aku??? Notty ke?? A little bit mehh...

5. Aku nak suasana rilek-rilek zaman-zaman belajar???



Banyaknya kemungkinannya kan... Ye, jawapannya adalah semua di atas.... Rindu zaman-zaman belajar wehh... Sangat-sangat rindu...

*******************************

Patut la masa zaman belajar degree dulu ade seseorang yang aku kenal ni berkata kat aku....

"Awak, awak kena enjoy zaman study ni.. even assignment banyak mana pon... Zaman study ni la sangat HEAVEN... Dalam banyak dan bertimbun assignment pon due date kena submit adelah minggu depan... Masih ada masa nak ilex2 ngan gosip2... Tapi bila awak dah kerja nanti... Percaya lah cakap saya... Awak rasa stress sangat... Saya dah experience ni... So do enjoys your study even sometimes you felt so annoyed wif lotsa assignments... Saya yang dah kerja 2 tahun ni pon masih terasa rindu zaman belajar... So awak jangan sesekali awak kata, "Kerja BESTT, ada duit sendiri - zaman belajar stess"... Tapi pada pandangan saya, memang bekerja ni best sebab dah pegang duit sendiri... Tapi tak penah pon cukup okeii.. Sebab bila dah bekerjaya, kehendak bertambah... Itu nak beli.. Ini nak beli... Dah tu, bila diassignkan dengan kerja kena submit segera okei.. Submit segera..."

Itu adalah salah satu perbualan aku ngan seseorang itu.... Betol cakap incik itu... Kerja ke, belajar ke... dedua stress.. zaman belajar nak pulun bagi dapat A sebab nak pointer "cekang"... Stress....

Dah kerja, stress bila kerja yang bertimbun-timbun ni tak susut-susut gak... Agak melampau kan... Setiap hari ada je kerja baru kena buat... Abes bila mau berkurang.. Makin bertambah adee laa....

******************************

I miss you guys....

Primary buddies: of coz my classmate 6 Unggul batch 1995...

Secondary buddies:
1. SMKAK - amal, ahak, nusai n the rest of 1 Kenanga n 2 Hikmah mates...

2. SMB - -> kat sekolah ni aku belajar 2 bulan je... pastu pindah sekolah.. masuk teknik

3. SMTAS - geng merapu...( uded, hasz, acik, tomei, isma, kak jah, ana, afzan, adit, wawa, idah), geng hostel (murni, rohaida, azlina, zaida, aisyah, syud, arab, layern, jat) n the rest of 4 & 5 Perdagangan batch 1999/2000...

Diploma level:
Geng F7... Pelik kan.. awat la geng F7... hehehe.. sebab masa tu dok gila tengok Meteor Garden ada F4.. Geng aku ni pon gedix la nak buh nama Geng F7... Kenapa F7?? sebab kami semua bertujuh... itu yang jadi F7... IMY Guys... Banyak kenangan ngan geng nie.. Zaman ni la kenottyan aku dan geng-geng terserlah... Hehehhee... Perangai macam hantu sorang-sorang... Kehkehkeh... Tapi sori, tak leh citer... Kenangan terindah kot...

Degree level:
Rindu ngan geng pertama aku kat UiTM... Geng-geng ni masa dok HOSTEL. Geng budak-budak selain daripada x-UiTM... (Kak nyit, maadii, jeduut, mel, aku) then bertambah ngan (naney, rosey)... kemedian br geng ngan geng2 UiTM ( ilalikok, ada, shimmy, qilly, ija, mek rose, nana, ida)... Ni semua geng aku yang bukan budak Akaun... Memang daripada zaman diploma lagi, aku kurang geng ngan dak course yang sama... Ini la geng yang paling best ever zaman dgree...

Bila dah dok lua... Aku tak dok serumah ngan geng2 aku... susah kalu dok umah ngan dak laen course... so aku wat decision dok ngan geng kelas... Kelas aku majority budak2 batch lahir umo 1985... Kira dalam 12 org yang senior dalam kelas termasuk aku... Layan je geng ngan dak2 ni... happening giler walaupon ada 3 kelas... tapi ok laa... grouping pon senang... cuma aku tak suka masa presentation.. sokmo dibuli oleh mereka2 nih... haishh... tapi memory remains forever... I LOVE you guys...


*******************************

Itu semua yang aku rindu zaman-zaman belajar... Ada gak kenangan pahit tapi setelah tamat pengajian, aku buang terus dari kotak fikiran aku kenangan-kenangan yang tak best tu... Buang terus tak bermaksud aku dah melupakan... Aku mungkin dah memaafkan orang-orang yang banyak buat salah dengan aku... tetapi aku tak mudah melupakan peristiwa-peristiwa bersejarah itu...

====== The End ======




 
Copyright © ~~To Be Or Not To Be~~